Page 3 - BUKU PENGURUSAN KVERTS 2022
P. 3
SEUNTAI BICARA SEKALUNG HARAPAN
PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepda seluruh warga Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan kata
alu-aluan dalam majalah sekolah dan kolej vokasional pada tahun ini. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada warga TVET KPM khususnya unit media dan redaksi majalah atas
kejayaan menerbitkan majalah yang akan dijadikan dokumentasi dalam mengukur
kemajuan yang telah kita ciptakan seiring waktu demi rujukan generasi pelapis TVET pada
masa akan datang.
Walaupun wabak Covid-19 masih lagi menular dalam kalangan masyarakat khususnya
warga pendidikan, semua warga TVET KPM perlu berganding bahu memahami peranan
masing-masing dalam mendepani cabaran dunia pendidikan pada masa akan datang.
Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21) seperti menggunakan platform aplikasi media sosial dan
telesidang seperti Aplikasi Zoom, Google Classroom selain Aplikasi TV Pendidikan akan
melahirkan kemenjadian individu menjadi lebih kreatif dan berinovasi. Pelaksanaan blended
learning dapat dioptimumkan oleh seluruh warga pendidikan dalam mencari ilmu
pengetahuan dan meningkatkan potensi diri. Kebolehcapaian maklumat dihujung jari
sewajarnya digunakan secara maksimum dan positif bagi memperkayakan diri dengan ilmu
pengetahuan, dan memajukan diri demi menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pendidikan yang berorientasikan akademik TVET akan terus menjadi teras dalam
membangunkan potensi individu ke arah bertaraf dunia bagi memenuhi aspirasi negara
Malaysia. TVET kini tidak lagi signifikan dikaitkan dengan bidang kemahiran tangan semata-
mata, malah keupayaan menggunakan kemahiran kognitif dan afektif adalah cabaran
utama dalam penghasilan sumber manusia yang berketrampilan dan berpengetahuan.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat seluruh warga Sekolah Menengah Teknik
dan Kolej Vokasional dan marilah kita semua bersatu hati menjulang TVET Malaysia sehingga
ke puncak kejayaan bagi merealisasikan aspirasi TN50.
We Create Our Future
Hjh Zanariah Binti Hj Ahmad
3

