Page 4 - BUKU PENGURUSAN KVERTS 2022
P. 4

SEUNTAI BICARA SEKALUNG HARAPAN








                                       PENGARAH

                                       KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK





          Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

          Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat
          kasih  sayang  dan  inayah-Nya,  kita  masih  diberi  peluang  dan  ruang  untuk  menabur  budi
          menuai pahala demi kelangsungan kecemerlangan anak-anak KVERTS.

          Terima kasih kepada AJK yang mempraktikkan nilai muafakat dan kebersamaan sehingga
          terhasilnya Buku Pengurusan ini yang pastinya menagih koitmen dan perhatian serius. Saya
          berharap  dengan  terhasilnya  Buku  Pengurusan  ini  dapat  membantu  semua warga  KVERTS
          untuk  sama-sama  menggembleng  tenaga  sebagai  satu  pasukan  yag  hebat,  dengan
          merencana pelbagai aktiviti atau program yang terarah dan terancang. Meskipun wabak
          Covid-19  belum  berpenghujung,  saya  yakin  dengan  penyediaan  landskap  pembelajaran
          yang  sistematik,  agenda    kerja  yang  tersusun  dan  sempurna,  memperteguh  sikap  saling
          bersefahaman, KVERTS mampu melakar kejayaan selain menjadi pembuka laluan kepada
          masa depan yang gemilang bagi anak-anak KVERTS.

          Pendidikan  hari  ini  diolah  untuk  mendepani  semua  kehendak  masa  depan  bagi
          menyediakan  warganegara  yang  mampu  bersaing  pada  peringkat  glokal  dan  global,
          justeru    warga  pendidik  selaku  arkitek  pembangunan  negara  seyogianya  perlu  sentiasa
          mengilmukan diri masing-masing demi melahirkan anak-anak KVERTS yang bersifat proaktif
          dan  cekal  sifatnya,  selain  mencari  solusi  jika  berdepan  dengan  rencam  cabaran  dan
          masalah.

           ‘Selagi kita bernyawa, kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara. Itulah
                                               kebaikan yang sebenar.’
                                                       (Ibu Zain)

          Marilah kita sama-sama mengambil langkah sederap mengharungi cabaran tahun 2022 ini
          dengan  memperbaharui  iltizam,  memperteguh  tekad  dan  menyuntik  semangat  baharu
          yang  lebih  kental.  Mudah-mudahan  KVERTS  mampu  berdiri  teguh  mencanai  impian,
          mengukir nama sehingga ke peringkat tertinggi mengikut acuan sendiri.

          Sekian, terima kasih.








                                                                                                               4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9