Page 5 - DOKUMEN PERANCANGAN STRATEGIK JPN 2020-2024
P. 5
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,
Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024 merupakan dokumen utama bagi seluruh warga pendidik di negeri ini dalam
memacu kualiti pendidikan yang berfokus, sistematis, terancang serta mampu diukur pelaksanaan dan impak pencapaiannya.
Walaupun dari segi strategi dan pelan tindakannya sama namun dari aspek pelaksanaan terpulanglah kepada pihak PPD dan
sekolah menyusun program dan aktiviti yang bersesuaian dengan konteks sekolah masing-masing. PS2020-2024 bukanlah
business as usual tapi satu pendekatan yang baharu dalam penyampaian pendidikan berkualiti di sekolah-sekolah.
Bermula dengan Amanat Pengarah, pengenalan moto baharu JPN, pembentukan visi dan misi maka akhirnya lahirlah dokumen
komprehensif ini mengembalikan kecemerlangan pendidikan di negeri Perak ini. Saya telah menggariskan beberapa perkara
dalam usaha kita melahirkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti iaitu kombinasi antara pemimpin sekolah, pendidik,
anak-anak didik serta komuniti. Pemimpin yang hebat mesti mempunyai pelbagai kompetensi abad ke-21, memahami senario di
peringkat global dan membuat refleksi. Guru mesti berperanan sebagai subject matter expert, literasi data dan sebagai
penyelidik. Stress-free school mesti diamalkan supaya murid menyayangi sekolah mereka. We Deliver pula merupakan satu
aku janji, kebersamaan, dan komitmen setiap kepemimpinan baik di JPN, PPD dan sekolah untuk memberikan perkhidmatan
terbaik kepada klien masing-masing. Semua usaha ini diserlahkan dalam bentuk visi JPN Perak iaitu Pendidikan Berkualiti,
Sekolah Unggul, Murid Holistik. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk merealisasikan misi iaitu penyampaian
pendidikan berkualiti untuk membangun sekolah unggul bagi menyediakan murid kalis masa hadapan.
PS 2020-2024 ini mempunyai lima kluster utama iaitu profesionalisme guru dan kepemimpinan pendidikan, kualiti bakat dan
kemenjadian murid, jaringan dan jalinan, penyelidikan dan inovasi serta tadbir urus dan sokongan profesional. Untuk
memastikan pelaksananaan semua kluster ini, nilai teras utama berilmu dan beramal, beriltizam, bekerjasama, berintegriti dan
berakauntabiliti serta bersyukur wajar menjadi pegangan bersama-sama.
Saya menyeru supaya kita semua bersatu hati dan berganding bahu untuk sama-sama menghayati gerak kerja baharu ini ke
arah meletakkan pendidikan negeri Perak di tempat yang sewajarnya.
DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
MS 1 MS 1

