Page 94 - DOKUMEN PERANCANGAN STRATEGIK JPN 2020-2024
P. 94
KLUSTER 5 TADBIR URUS DAN SOKONGAN PROFESIONAL
MENGAMALKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG YANG TELUS DAN BERINTEGRITI DALAM PENGURUSAN
STRATEGI 2 KRITIKAL
Pematuhan terhadap Standard Operating Procedure (SOP) dan peraturan yang sedang berkuatkuasa
PETUNJUK PRESTASI UTAMA berkaitan dengan pengurusan kritikal.
TAFSIRAN
Objektif Pengukuran:
▪ Semua institusi di negeri Perak mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) dan peraturan
yang sedang berkuatkuasa berkaitan dengan pengurusan kritikal
Definisi:
● Semua institusi termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran JPN Perak.
● Standard Operating Procedure (SOP) adalah proses kerja piawai yang dibuat sebagai panduan
kepada semua penjawat awam dalam melaksanakan urusan kerja harian.
● Peraturan yang sedang berkuatkuasa adalah meliputi kepada semua Pekeliling, Garis Panduan
serta surat edaran dan lain-lain dokumen rasmi yang telah mendapat pengesahan dari pegawai
yang diberikan kuasa / diwakilkan kuasa untuk melaksanakannya.
● Pengurusan kritikal adalah merangkumi kepada tiga (3) bidang utama tadbir urus iaitu
Pengurusan Kewangan, Pengurusan Aset dan Pengurusan Aduan.
MS 80

