Page 54 - PKB DRAF - pengurusan sekolah 2018 TERKINI - Copy
P. 54
1.18 BIDANG TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
1. Sukatan Pelajaran
Menentukan semua guru panitia memiliki sukatan pelajaran terkini dan menggunakannya dengan betul.
2. Rancangan Pelajaran Tahunan
Bertanggungjawab memastikan semua guru panitia mengadakan rancangan pelajaran tahunan yang
disesuaikan dengan takwim tahunan sekolah bagi setiap tingkatan.
3. Bahan Bantu Mengajar
Mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan memastikan penggunaan dengan cara yang betul.
4. Buku Rujukan
Mengkaji dan memilih buku-buku rujukan tambahan bagi naskhah guru untuk ditempatkan dalam
perpustakaan.
5. Buku Teks
Memastikan penggunaan buku teks yang dibekalkan oleh KPM sebagai rujukan utama secara optima.
6. Mesyuarat Panitia
Bekerjasama dengan setiausaha mengadakan mesyuarat panitia seperti yang ditetapkan.
7. Soalan Ujian
- Mengumpul soalan-soalan untuk disemak oleh Pengetua atau wakilnya.
- Menyelaras tugas penyeliaan soalan dan skema pemarkahan.
- Mengumpul soalan-soalan peperiksaan awam untuk disimpan dalam bank soalan.
8. Menganalisa Keputusan Peperiksaan
- Menganalisa keputusan peperiksaan pelajar serta membuat tindakan susulan. Mengkaji serta mengatur
strategi untuk meningkatkan pencapaian dari semasa ke semasa seperti mengadakan kelas tambahan,
ceramah teknik menjawab soalan, bengkel kemahiran belajar, menyediakan soalan ulangkaji, latih tubi,
mengadakan peraduan, kuiz, buku skrap dan sebagainya.
9. Pentadbiran Panitia
- Mengadakan sistem fail, wujudkan 2 fail, satu disimpan di pejabat seklah dan satu lagi disimpan oleh
setiausaha/ ketua panitia. Simpan segala dokumen, data, surat menyurat ke dalam kedua-dua fail
tersebut.
- Melengkapkan Carta Gantt untuk menentukan segala aktiviti yang dirancang berjalan lancar.
10. Perkembangan Staf
Ketua panitia mendorong dan menguruskan kursus-kursus dalaman sama ada mengadakan kepakaran
guru dalaman atau guru luar.
11. Anggaran Perbelanjaan Tahunan
Membuat anggaran perbelanjaan tahunaan untuk dipertimbangkan oleh pihak pentadbir sekolah
12. Hal-Hal Lain
Menjalankan tugas dan arahan yang diberi dari semasa ke semasa oleh Pengetua/ PKP.
َ
َ
َ
اَنريبَك رِقوُي ملو اَنريِغص محرَي مل نم اَّنِم سيل
َ
ْ َ
َ
َ ِ
َ
َ
َ
Bukanlah termasuk golongan kami (umat Nabi Muhammad SAW),
orang yang tidak menyayangi yang muda dan tidak menghormati
yang tua.
“ Tidak membuang masa, tidak ada kemalasan, tidak ada
penangguhan; jangan tunggu sehingga esok untuk melakukan
apa yang boleh dilakukan hari ini.

