Page 117 - BM tahun 4
P. 117
Membaca
Zara sedang membaca rencana dalam majalah Dewan Pelajar.
Minat yang tinggi dalam bidang astronomi telah mendorong
seorang penduduk kampung membuka balai cerap mini
di rumahnya. Kedengaran agak pelik, bukan? Namun, begitulah
yang dilakukan oleh Profesor Dr. Mahamarowi Omar, pemilik
balai cerap di Kubang Rawa, Salor, Kota Bharu, Kelantan.
Balai cerap tersebut dibina di pekarangan rumahnya.
Balai cerap mini yang dibina lengkap dengan binokular dan
teleskop serta peralatan berteknologi tinggi. Sebanyak 15 buah
teleskop pelbagai saiz telah ditempatkan di balai cerap mini
tersebut. Kini, usaha tersebut telah mendapat pengiktirafan
daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) melalui projek
Inovasi Sosial Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).
Impian Profesor Dr. Mahamarowi adalah agar usahanya ini
mampu memupuk kesedaran dan minat masyarakat dalam
ilmu astronomi dan angkasa. Selain itu, beliau juga berhasrat
untuk mengembangkan ilmu astronomi ini kepada segenap
lapisan masyarakat.
Apakah yang Zara
faham tentang Balai Cerap di Rumah
rencana tersebut?
Saya ___
________. Lokasi Peralatan Impian
Pemilik
_________ _________
_________ _________ _________
_________ _________ _________
_________
Membaca dan menerangkan kandungan rencana.
Bimbing murid membaca dan Strategi P&P: Pembelajaran Masteri 111
menganalisis kandungan teks KBAT: Mengaplikasi
2.3.1 karya bukan sastera. EMK: Sains, Teknologi dan Inovasi

