Page 113 - BM tahun 4
P. 113

Pengayaan


                                         Pahlawan Terbilang

             Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan. Kemudian,
             imlakkan perenggan yang dibaca oleh guru.




             Mat Kilau terkenal dengan gelaran pahlawan.
             Beliau merupakan anak jati kelahiran Kampung
             Pulau Tawar, Pahang.

               Nama Mat Kilau meniti di bibir rakyat kerana
             tercatat dalam lipatan sejarah negara. Beliau
             berperang menentang askar Inggeris dan Siam
             di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan.

               Dalam pertempuran yang berlaku dengan
             askar  penjajah  Inggeris,  beliau  hanya
             menggunakan kayu dan buluh selain keris
             dan parang. Beliau juga bijak memperdayakan

             musuh dengan cara membuat helah bela diri
             untuk menyelamatkan diri.

               Mat Kilau mahir dalam ilmu persilatan
             menggunakan keris dan parang. Sikap beliau
             sebagai seorang pemimpin terserlah kerana
             ketegasan beliau, berpandangan jauh dan                 (Sumber: Talib Samat dan Azhar Wahid, 2013.
                                                                     Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan
             berfikiran matang. Beliau meninggal dunia               (Rawa) Pahang: Tok Shahrom,Tok Gajah dan
                                                                     Mat Kilau. Perak: Penerbit Mentari.)
             pada usia 122 tahun.




             1.  Siapakah nama pahlawan ini?
             2. Dari manakah beliau berasal?
             3. Apakah alatan yang mahir digunakan oleh beliau?

             4. Bagaimanakah cara beliau menghadapi cabaran menentang
                 penjajah Inggeris?
             5. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menentang
                 musuh negara?



               2.3.1,                                                                             107
               3.2.4
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118