Page 134 - BM tahun 4
P. 134

Bacaan Luas


                                            Perekat Segar


           Tahukah kamu akan perekat segar? Perekat segar ialah penyegar
           buah-buahan. Perekat tersebut merupakan satu produk hasil ciptaan
           anak tempatan.
              Perekat segar diperbuat daripada bahan yang berasaskan organik

           dan disalut dengan lilin lebah. Bahan-bahan ini akan mengeluarkan
           etilena, iaitu hormon pematangan. Hormon ini dapat melambatkan
           proses kematangan buah.

              Perekat ini berbentuk bulat dan mampu mengekalkan kesegaran
           buah-buahan sehingga dua minggu. Selain itu, perekat ini juga dapat
           melindungi buah daripada penyakit dan serangan kulat. Serangan
           penyakit dan kulat pada buah ini biasanya berlaku semasa proses
           penghantaran dan penyimpanan.

              Hasil ciptaan ini dapat membantu pengguna menyimpan buah-buahan
           yang dibeli lebih lama. Di samping itu, peniaga buah juga dapat
           mengelakkan kerugian akibat buah-buahan yang cepat rosak. Antara
           buah yang sesuai ditampal dengan perekat ini termasuklah mangga,
           buah naga, epal, pir, betik dan oren. Perekat segar ini boleh digunakan

           sekali sahaja.
           (Sumber: https://www.thevocket.com/stixfresh-
           pelekat-hebat-dari-malaysia-yang-kini-popular)


























         128
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139