Page 137 - BM tahun 4
P. 137
Membaca
Encik Hasif membawa keluarganya ke ekspo pertanian. Di sana, mereka
menonton persembahan gurindam.
Duhai petani memerah keringat,
Bertemankan tulang empat kerat.
Keranamu petani kami pun kenyang,
Kehidupan kami bertambah senang.
Wahai petani tingkatkan potensi,
Bersama-sama kita berinovasi.
Dron digunakan menabur baja,
Bijak petani mudahkan kerja.
Petani moden meningkat hasilnya,
Teknologi baharu dimanfaatkannya.
Sekiranya petani sudah berjaya,
Tandanya negara semakin kaya.
Senja pun sudah mula menjelang,
Ayuh petani marilah pulang.
Gurindam ini bercerita tentang sumbangan petani
kepada pertanian negara. Bidang pertanian ialah
sumber makanan negara. Bidang ini juga Jom Imbas
menjanakan ekonomi negara. Pelbagai inovasi
telah dihasilkan dalam bidang pertanian.Teknologi
ini memudahkan kerja petani pada masa kini.
Apakah sumbangan
petani dalam memajukan
pertanian negara?
Melagukan gurindam dengan gaya yang sesuai.
Bimbing murid membaca karya sastera Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai
dan karya bukan sastera dengan gaya KBAT: Mengaplikasi 131
2.3.2 penyampaian yang sesuai.
EMK: Bahasa

