Page 150 - BM tahun 4
P. 150
Membaca
Zara membaca kisah tentang seorang penternak empurau.
Pagi itu Puan Puri agak sibuk. Seorang pengusaha restoran KEISTIMEWAAN
KEISTIMEWAAN
akan datang mengambil ikan empurau yang telah IKAN EMPURAU
IKAN EMPURAU
ditempah beberapa hari yang lepas. Setiap kali mendapat PUAN PURI
PUAN PURI
tempahan ikan yang mendapat julukan “emas Borneo”
ini, pasti Puan Puri akan sibuk di kolamnya.
“Awang, tangkap ikan yang telah bersih itu,” arah
Puan Puri kepada pekerjanya.
Pekerjanya menangkap ikan di dalam kolam yang
paling jernih itu. Puan Puri menyediakan tiga buah kolam.
Hal ini dilakukan bagi memastikan kebersihan ikan yang
ditempah terjamin.
“Remi, nanti jangan lupa masukkan buah engkabang • Ikan dijamin bersih
ini ke dalam kolam. Rasa ikan empurau di sungai sedap • Rasanya asli seperti
kerana ikan-ikan itu makan buah ini,” terang Puan Puri ikan sungai
kepada pekerjanya. • Kesegaran ikan
Setelah selesai memantau kerja-kerja di kolam, Puan terjamin
Puri pergi ke stor sejuk bekunya. Di sana, beliau melihat
ikan-ikan yang telah ditangkap dimatikan secara “ikejime” Kamus Poket
bagi memastikan kesegarannya. Ikan-ikan itu akan dipek Ikejime ialah proses
secara vakum dan menjalani proses sejuk beku sebelum mematikan ikan
dieksport. untuk mengekalkan
Akhirnya pengusaha restoran itu tiba. Dia mengambil kesegaran isinya.
tempahan dan membayar harga ikan tersebut. Puan Puri
bersyukur dengan rezekinya pada hari itu. buah
engkabang
Ikan Empurau Puan Puri
bersih _____ _____
Cara: menyediakan tiga Cara: _________ Cara: _________
buah kolam
Membaca untuk melengkapkan carta.
144 Bimbing murid membaca dan menganalisis Strategi P&P: Belajar Cara Belajar
kandungan teks karya sastera dan karya
2.3.1 bukan sastera untuk melengkapkan carta. KBAT: Menganalisis
EMK: Nilai Murni - Keberanian

