Page 151 - BM tahun 4
P. 151

Menulis




             Zara teringat akan pengalamannya
             berkunjung ke ladang ternakan rusa.

            Suatu hari, Zara dan rakan-rakannya
            mengikut ayah Zara, Encik Hasif,
            melawat ke ladang ternakan rusa.
            Ladang itu kepunyaan Encik Akbar.
            Di situ dia melihat banyak tanduk
            rusa yang terkumpul.

               “Zara, pak cik membela rusa kerana ingin mendapatkan tanduknya.

            Tahukah Zara, tanduk rusa mempunyai banyak khasiat perubatan?
            Pengamal perubatan tradisional terutamanya dari luar negara ingin
            mendapatkan bekalan tanduk rusa,” jelas Encik Akbar.

               “Pak cik, apakah khasiat tanduk rusa?” tanya Alif kepada Encik Akbar.

               “Tanduk rusa boleh dijadikan kapsul untuk membantu melancarkan
            perjalanan darah. Selain itu, tanduk rusa dapat mengawal tekanan

            darah serta meningkatkan tahap sel darah merah,” terang Encik Akbar
            kepada Alif.

                                           Kemudian, mereka dibawa ke pejabatnya.
                                       Menurut Encik Akbar, tanduk rusa mengambil masa
                                          setahun untuk tumbuh. Tanduk rusa yang telah
                                         matang akan gugur dengan sendirinya.

                                                Zara dan rakan-rakannya menjamu selera
                                              bersama-sama dengan Encik Akbar. Hidangan
                                           istimewa pada hari itu ialah daging rusa bakar.

                                                Sebelum pulang, Encik Akbar menghadiahi
                                                 mereka sebungkus daging rusa sejuk beku.


                                                        (Sumber : Panduan Menternak Rusa Jenis Cervus Timorensis
                                                        Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang)



            Menulis ayat yang diimlakkan.

                       Bimbing murid menulis ayat dalam   Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai      145
                       perenggan yang diimlakkan.        KBAT: Mengaplikasi
               3.2.4                                     EMK: Kreativiti dan Inovasi
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156