Page 145 - BUKU TEKS SK T5
P. 145

AKTIVITI 2              Carta Alir Bubble Sort
                                             Kerja Individu

                    Objektif:  Menunjukkan langkah-langkah untuk mengisih satu senarai nilai secara menaik
                            dengan menggunakan kaedah isihan buih (bubble sort).
                    Lakukan aktiviti ini di dalam makmal komputer.
                    Bahagian 1:
                    1  Buka perisian Notepad.
                    2  Taip atur cara HTML dan JavaScript yang diberikan:

                       <html>
                           <body>
                              <script>
                                  var saizKasut = [7,7,5,3,4,6,7];
                                  var bilKasut = saizKasut.length, i, j;
                                  var sementara = saizKasut[0];
                                  document.write(“Senarai kasut sebelum isih: “ + saizKasut);
                                  for(i=0; i<bilKasut-1; i++)
                                  {
                                      for (j=0; j<bilKasut-i-1; j++)
                                      {
                                          if (saizKasut[j] > saizKasut[j+1])
                                          {
                                             sementara = saizKasut[j];
                                             saizKasut[j] = saizKasut[j+1];
                                             saizKasut[j+1] = sementara;
                                          }
                                      }
                                  }
                                  document.write(“<br>Senarai saiz kasut selepas isih: “ +
                                      saizKasut);
                              </script>
                           </body>
                       </html>

                    3  Simpan (save) sebagai Aktiviti2.html
                    4  Buka fail Aktiviti2.html melalui pelayar (browser) seperti Internet Explorer atau Google Chrome.
                    5  Pastikan paparan seperti berikut dihasilkan.










                    Bahagian 2:
                    1  Ambil sekeping kertas yang baharu.
                    2  Lukis carta alir bagi atur cara pada Bahagian 1, iaitu atur cara bagi mengisih saiz kasut murid-murid
                      daripada yang paling kecil sehingga yang paling besar (turutan menaik).



 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 137
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150