Page 96 - BUKU TEKS SK T5
P. 96
CONTOH 6
Contoh 6 menunjukkan cara untuk menghapuskan jadual barang. rujuk rajah 2.1.32 dan rajah 2.1.33.
Pernyataan SQL:
Rajah 2.1.32 Menghapus jadual bARANg
Output:
Rajah 2.1.33 Jadual bARANg terhapus
AKTIVITI 3 Kerja kumpulan
Mencipta dan Mengubah Struktur Jadual
Katakan anda dan beberapa ahli kumpulan telah melawat sebuah hotel yang berhampiran dengan
tempat tinggal anda. anda telah menemu bual pegawai hotel tersebut berkenaan dengan Sistem
tempahan Bilik. Berdasarkan temu bual tersebut, anda dan ahli kumpulan telah mengenal pasti data-
data yang diperlukan untuk proses penempahan bilik. Susulan hasil perbincangan anda dan ahli-ahli,
jadual-jadual yang berikut telah dikenal pasti.
• BILIK
(NoBilik, Jenis, Harga)
• TEMPAHAN
(Notetamu, tarikhMasuk, tarikhKeluar, NoBilik)
• TETAMU
(Notetamu, Nama, Alamat, Pekerjaan)
Berdasarkan maklumat jadual yang diberikan, tulis pernyataan SQL untuk tujuan di bawah:
1 Cipta struktur jadual bilik, tempahan dan tetamu.
2 tambah medan untuk merekod nombor plat kenderaan dalam jadual tetamu.
3 Hapuskan medan pekerjaan dari jadual tetamu.
88 Sains Komputer Tingkatan 5

