Page 97 - BUKU TEKS SK T5
P. 97

2.1.4  SQL: Memanipulasi Data
                                                                                              MalaysiakU!
                  Data  Manipulation  Language  atau  Bahasa  Pengolahan  Data  (DML)
                  berfungsi untuk memanipulasi data dalam pangkalan data. Setelah    Pada tahun 2011,
                  struktur jadual dicipta, anda boleh memasukkan data ke dalam jadual   Malaysia Digital
                  tersebut. Selain itu, anda juga boleh menghapuskan dan mengubah suai   Economy Corporation
                  data yang telah dimasukkan.                                        (MDEC) telah
                                                                                     dimandatkan untuk
                                                                                     memacu peralihan
                  Sisip/Tambah                                                       negara ke arah
                                                                                     pembangunan ekonomi
                  Pernyataan INSERT INTO digunakan untuk memasukkan data ke dalam    digital bagi mencapai
                  jadual seperti format yang berikut.                                visi 2020, melalui
                                                                                     inisiatif Digital Malaysia
                  Format:                                                            oleh Perdana Menteri
                                                                                     Malaysia. Digital
                    INSERT INTO nama_jadual (medan1, medan2, …… medanN)              Malaysia dilancarkan
                    VALUES (nilai1, nilai2, ………….nilaiN);                            secara rasminya pada
                                                                                     tahun 2012 sebagai
                                                                                     program transformasi
                                                                                     negara bagi mencapai
                                                                                     matlamat tersebut.




                   CONTOH         7

                  Contoh 7 menunjukkan cara menyisipkan data ke dalam jadual Barang. Katakan anda mempunyai jadual
                  Barang yang terdiri daripada medan noBarang, namaBarang, Kuantiti, HargaSeunit dan idmurid. Sisipan
                  rekod boleh dilakukan dengan memasukkan data ke semua medan atau medan tertentu sahaja.
                  (a)  menyisipkan satu rekod ke semua medan dalam jadual Barang.
                     Pernyataan SQL:



















                                            Rajah 2.1.34  Satu rekod disisipkan ke semua medan








                                                                         BAB 2  Pangkalan Data Lanjutan 89
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102