Page 124 - BUKU TEKS ASK T3
P. 124

4.1         PANGKALAN DATA DAN SQL





                                     Data memainkan peranan yang penting dalam proses membuat
                                     keputusan. Data digunakan secara meluas untuk menyelesaikan
                                     sesuatu masalah. Data dianggap sebagai aset penting bagi
             Semasa TMK Tahun 5,
             anda telah mempelajari   sesebuah organisasi. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung
             data dalam pangkalan    kepada  kebolehannya  untuk  memperoleh  data  yang  tepat,
             data terdiri daripada   mengurus data dengan cekap dan menggunakan data untuk
             beberapa jenis seperti   membuat  analisis  dengan  tepat.  Walau  bagaimanapun,  data
             teks, nombor dan tarikh.  yang belum diproses kepada maklumat adalah tidak bermakna.
                                         Maklumat adalah hasil daripada pengumpulan, pemprosesan
                                     dan penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat
                                     sesuatu keputusan. Maklumat yang dihasilkan akan lebih
                                     bermakna dan mudah difahami oleh setiap individu. Rajah 4.1
                                     menunjukkan hubungan antara data dan maklumat.
                                         DATA                             MAKLUMAT

              Pentadbir pangkalan
              data bertanggungjawab                          Nama: Bunga Raya
              untuk memastikan                               Nama Tradisional:
              pangkalan data sentiasa              Kumpul    Bunga Sepatu
              berfungsi dan terkini.  Bunga Raya
                                                    Proses
              Penganalisis pangkalan                         Nama dalam Bahasa
              data bertanggungjawab   Bunga Sepatu  Analisis  Inggeris: Hibiscus
              untuk menganalisis       Hibiscus
              dan membuat laporan                            Nama Saintifik: Hibiscus
              bagi data-data dalam      Hibiscus             Rosasinensis
              pangkalan data.         Rosasinensis
                                                             Tarikh Pengisytiharan sebagai Bunga
                                      28 Julai 1960          Kebangsaan: 28 Julai 1960

                                               Rajah 4.1  Hubungan antara data dan maklumat

                                        4.1.1   Maksud dan Penggunaan Pangkalan
                 Pembelajaran                    Data dan Structured Query Language

            Murid boleh:                         (SQL)
            4.1.1  Menerangkan
                 maksud dan           (i)  Pangkalan data
                 penggunaan:
                 (i)  Pangkalan Data  Pangkalan data ialah tempat pengumpulan dan penyimpanan
                 (ii)  Structured    data  secara berpusat  bagi sistem  maklumat  yang  berasaskan
                     Query Language   komputer. Pangkalan data juga merupakan koleksi data yang
                     (SQL)           saling berhubung antara satu sama lain yang disimpan tanpa
                                     berlaku  pengulangan  data  yang  tidak  dikehendaki.  Pangkalan
                                     data dapat memudahkan data dan maklumat untuk disimpan,
                                     dicapai atau dikemas kini.
          114
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129