Page 127 - BUKU TEKS ASK T3
P. 127

Pangkalan Data dan SQL  4.1


                Rajah 4.5 menunjukkan kebaikan evolusi dari sistem fail kepada sistem pangkalan data.



                 Sistem Fail                                          Sistem Pangkalan Data


              Capaian ke atas data
             tidak boleh dilakukan                                Data boleh dicapai oleh semua pihak
              secara serentak dan                               secara serentak dalam masa yang singkat
                   lambat
                                                                 Mempunyai kata laluan yang khusus dan
                                        Evolusi Sistem
               Keselamatan data                                       sandaran data yang mantap
                tidak terjamin            Fail Kepada
                                            Sistem
                                          Pangkalan             Kawalan data secara berpusat menjadikan
              Berlaku pengulangan            Data                   perulangan data yang sama dapat
                    data                                                     dielakkan


               Perkongsian data                                  Data dapat dikongsi dengan semua pihak
                adalah terhad                                         yang terlibat secara efisien

                              Rajah 4.5  Evolusi sistem fail kepada sistem pangkalan data



             (ii)  Structured Query Language (SQL)

             Capaian data dan maklumat dalam pangkalan data dilakukan
             melalui penggunaan  bahasa pengaturcaraan seperti  Structured
             Query Language (SQL). SQL ialah bahasa pengaturcaraan aras
             tinggi generasi keempat yang ringkas dan mudah untuk dibaca     SQL tidak sensitif huruf.
             serta mempunyai arahan-arahan yang terhad. SQL digunakan        Kata kunci SQL boleh
             untuk menyimpan, memanipulasi dan mendapatkan data              ditulis dalam huruf
                                                                             besar atau huruf kecil.
             daripada pangkalan data.                                        Maksudnya, SELECT
                SQL dapat berinteraksi dengan pangkalan data secara mudah.     * FROM abc sama
             Oleh itu, SQL digunakan secara meluas dalam aplikasi yang       kesannya dengan select
                                                                             * from abc
             melibatkan penggunaan pangkalan data. Bahasa pengaturcaraan
             mempunyai sintaks tertentu begitu juga dengan SQL. Antara
             pernyataan SQL yang akan anda pelajari ialah SELECT…
             FROM, SELECT…WHERE dan SELECT…ORDER BY.





                               4.1

               Nyatakan perbezaan-perbezaan antara sistem fail dan sistem pangkalan data.



                                                                                                117
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132