Page 144 - BUKU TEKS ASK T3
P. 144
Rajah 4.21 menunjukkan medan-medan yang ditambahkan
kepada jadual MARKAH dan jenis data yang sesuai ditetapkan
bagi medan-medan itu.
Semua medan perlu
mempunyai data dan Nama medan dan jenis data dimasukkan.
tidak patut dibiarkan
kosong (null).
Rajah 4.21 Medan-medan untuk jadual MARKAH
(iii) Langkah-langkah mewujudkan hubungan antara jadual (entiti)
Selepas semua jadual dibina dan data telah lengkap diisi, perhubungan kedua-dua jadual
perlu dibina. Perhubungan antara entiti MURID dan entiti MARKAH ialah kekardinalan
one to one (1:1) kerana setiap murid akan mempunyai satu set markah mengikut mata
pelajaran masing-masing. Rajah 4.22 menunjukkan langkah-langkah untuk membina
hubungan (relationships) bagi jadual MURID dan jadual MARKAH.
Langkah 1 Klik Database Tools di bar menu. Kemudian, klik Relationships.
1. Klik Database Tools di bar menu.
2. Klik Relationships.
134

