Page 149 - BUKU TEKS ASK T3
P. 149

Pangkalan Data dan SQL  4.1



                                   4.4                                        Aktiviti Berpasangan


              Membina Satu Pangkalan Data                                           Kaedah
                                                                                    Think-Pair-Share




                               Selaku Pengerusi dan Naib Pengerusi Kelab
                               Komputer, anda diminta oleh guru penasihat untuk
                               membangunkan sebuah Pangkalan Data Kehadiran.




              1.  Berdasarkan pernyataan di atas, anda diminta untuk mengenal pasti perkara-perkara
                  yang berikut:
                  (a)  Dua entiti untuk Pangkalan Data Kehadiran.
                  (b)  Atribut-atribut bagi kedua-dua entiti.
                  (c)  Hubungan kekardinalan bagi kedua-dua entiti.

              2.  Kemudian, lukiskan hasil kerja masing-masing dalam bentuk peta pemikiran i-THINK.
              3.  Secara berpasangan, murid-murid diminta berbincang dan berkongsi hasil kerja
                  masing-masing. Murid digalakkan bertanya dan membaiki hasil kerja masing-masing
                  dengan menulis di atas kertas yang sama.

              4.  Setelah masa yang diperuntukkan untuk perbincangan tamat, ketua kumpulan perlu
                  membentangkan hasil kerja masing-masing.







                                                                4.2



              Menghasilkan Pangkalan Data Kehadiran yang Dibina Dalam Aktiviti 4.4
              1.  Lancarkan perisian aplikasi Microsoft Access.

              2.  Berdasarkan hasil kerja dalam Aktiviti 4.4, bina Pangkalan Data Kehadiran.
              3.  Anda boleh merujuk Rajah 4.17 hingga Rajah 4.24 untuk langkah-langkah yang telah
                  anda pelajari bagi membina pangkalan data.
              4.  Setelah berjaya membina pangkalan data, tunjuk kepada guru anda untuk disemak.










                                                                                                139
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154