Page 186 - BUKU TEKS ASK T3
P. 186

Pembelajaran           4.2.3   Menulis Pernyataan Function dan
                                                 Procedure
            Murid boleh:             †† Function
            4.2.3  Menulis pernyataan
                 function dan        Penulisan  user-defined function bermula dengan mentakrifkan
                 procedure           function tersebut di permulaan atur cara. Selepas itu, pengguna
                                     boleh memanggil fungsi tersebut setiap kali tugasan khas function
                                     perlu  dilaksanakan  dalam  atur  cara.  Berikut  menunjukkan
                                     sintaks pentakrifan suatu user-defined function.

                                                 def nama_function (parameter):
                                                      badan function
             Parameter digunakan                      return (nilai)
             untuk:
             1.  Menerima dan            Kata  kunci  def  digunakan  untuk  mentakrifkan  function.
               menyimpan data yang
               dihantar kepadanya    Nama sesuatu  function  harus mencerminkan tugas khas yang
               semasa dipanggil      akan dilakukannya. Parameter  ialah pemboleh  ubah untuk
             2.  Memulangkan data    menerima argumen (nilai) yang dihantar kepada function semasa
               kepada pernyataan     dipanggil. Parameter dimasukkan dalam tanda kurungan ( ).
               arahan, function,     Pentakrifan nama function dan parameter mesti diakhiri dengan
               procedure atau        tanda titik bertindih.
               atur cara lain yang
               memanggilnya              Badan function dimulakan sebaris selepas nama function dan
                                     perlu inden dari jidar kiri. Badan function terdiri daripada set
                                     arahan (instructions) bagi tugasnya. Perkataan return digunakan
                                     untuk memulangkan nilai atau output yang dihasilkan oleh
                                     function tersebut.
               Dalam kebanyakan bahasa pengaturcaraan, pernyataan  return  dalam  function
           memulangkan satu nilai sahaja. Nilai ini boleh merupakan nilai tunggal atau satu ungkapan
           yang menghasilkan satu nilai tunggal. Walau bagaimanapun, dalam bahasa pengaturcaraan
           Python, nilai yang dipulangkan dalam pernyataan return function boleh berupa satu nilai
           tunggal atau sekumpulan nilai yang diasingkan dengan tanda koma. Sebagai contoh,


             Situasi 1:
             def hasiltambah (x,y):                  Pernyataan return
                 jumlah = x + y                      memulangkan satu nilai tunggal.
                return (jumlah)
             Situasi 2:
             def hasiltambah (x,y):                  Pernyataan return memulangkan satu nilai
                return (x + y)                       tunggal dari ungkapan yang digunakan.
             Situasi 3:
             def susun_naik (x, y):
                if x > y:                            Pernyataan return memulangkan lebih
                  return (y, x)                      daripada satu nilai. Pernyataan return ini
                else:                                memulangkan dua nilai dalam susunan menaik.
                  return (x, y)

          176
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191