Page 189 - BUKU TEKS ASK T3
P. 189
Struktur Kod Arahan 4.2
Procedure
Procedure
Sintaks untuk menulis procedure hampir serupa dengan dalam bahasa
sintaks pentakrifan user-defined function, cuma procedure tidak pengaturcaraan
memulangkan sebarang nilai (output) kembali kepada atur Python
cara atau pernyataan kod yang memanggilnya. Badan procedure
hanya terdiri daripada set arahan bagi tugas khas.
def nama_procedure (parameter): pynewbs.com/7a/a
badan procedure
Kata kunci def digunakan untuk mentakrifkan procedure.
Nama sesuatu procedure harus mencerminkan tugas khas yang
akan dilakukannya. Jika mempunyai input atau parameter,
maka parameter perlu dinyatakan dalam tanda kurungan ( ).
Jika tidak, tanda kurungan dibiarkan kosong. Pentakrifan nama
procedure dengan atau tanpa parameter mesti diakhiri dengan
tanda titik bertindih.
Badan procedure dimulakan sebaris selepas nama procedure dan perlu inden dari jidar
kiri. Badan procedure terdiri daripada set arahan bagi melaksanakan tugasnya.
Setelah procedure siap dilaksanakan, pelaksanaan atur cara akan kembali semula ke baris
selepas pemanggilan procedure.
Penggunaan procedure untuk mencetak lirik lagu menggunakan bahasa
4.12
pengaturcaraan Python.
Aimah ialah seorang guru tadika dan kelasnya mempunyai 15 orang murid. Setiap bulan,
Aimah akan menyediakan lirik lagu “Selamat Hari Jadi” untuk murid-muridnya. Katakan
dua orang murid menyambut hari jadi pada bulan ini. Berikut menunjukkan satu segmen
kod atur cara yang akan mencetak lirik lagu “Selamat Hari Jadi” yang bernama tanpa
menggunakan procedure.
Hari Jadi Biasa.py - C:\Documents\Tutorial Python\Hari Jadi Biasa.py (3.6.5)
File Edit Format Run Options Window Help
# Mencetak lirik lagu "Selamat Hari Jadi untuk Ali"
print("Selamat hari jadi!")
print("Selamat hari jadi!")
print("Selamat hari jadi, Ali")
print("Selamat hari jadi!")
print()
# Mencetak lirik lagu "Selamat Hari Jadi untuk Raju"
print("Selamat hari jadi!")
print("Selamat hari jadi!")
print("Selamat hari jadi, Raju")
print("Selamat hari jadi!")
print()
Ln: 1 Col:0
Rajah 4.55 Kod atur cara Contoh 4.12
179

