Page 203 - BUKU TEKS ASK T3
P. 203
Struktur Kod Arahan 4.2
Langkah 1 Pengujian kod function kira_Isipadu_piramid( )
Function kira_Isipadu_piramid( ) harus diuji dahulu dengan menggunakan function print( ).
Panggilan function kira_Isipadu_piramid( ) boleh dibuat dalam function print( ) dengan
meletakkan dua argumen (nilai) semasa panggilan function dilakukan. Kod function diuji dan
didapati mengandungi ralat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.17.
Jadual 4.17 Kod function yang mempunyai ralat dan paparan output yang diperoleh
Pengujian Kod function
# Mengira isi padu piramid bertapak segi empat sama
def kira_Isipadu_piramid(a,b):
isipadu_piramid = (1/3) * (sisi * sisi) * tinggi
return(isipadu_piramid)
# Atur cara utama
print(“Kira Isi Padu Piramid”)
sisi = int(input(“Masukkan ukuran sisi tapak piramid:”))
tinggi = int(input(“Masukkan tinggi piramid:”))
# Pemanggilan function dan pemulangan nilai
print(“Isi Padu Piramid =”,kira_Isipadu_piramid(a,b))
print
Traceback (most recent call last):
File “C:/Documents/Tutorial Python/function kira_Isipadu_piramid.py”,
line 6, in <module>
print(kira_Isipadu_piramid(2,3))
File “C:/Documents/Tutorial Python/function kira_Isipadu_piramid.py”,
line 3, in kira_Isipadu_piramid
isipadu_piramid = (1/3) * (sisi * sisi) * tinggi
NameError: name ‘sisi’ is not defined
Merujuk kepada mesej ralat di atas, didapati pemboleh ubah bernama sisi tidak ditakrifkan.
4.23
1. Berdasarkan penelitian anda, mengapakah hanya dua argumen (nilai) digunakan semasa
panggilan function kira_Isipadu_piramid dibuat?
2. Pada pendapat anda, mengapakah nilai 2 dan 3 telah digunakan sebagai argumen?
193

