Page 204 - BUKU TEKS ASK T3
P. 204

4.24        Langkah 2      Baiki ralat yang dijumpai
             Bagaimanakah anda
             dapat mengesahkan       Gantikan pemboleh ubah a dan b dalam parameter  function
             bahawa ketiga-tiga      masing-masing  dengan  pemboleh  ubah sisi  dan tinggi.  Uji
             pernyataan dalam atur   semula function kira_Isipadu_piramid( ).
             cara utama ini bebas
             ralat?

                                      Jadual 4.18  Baiki ralat yang dijumpai

                                   Baiki ralat yang dijumpai dalam kod function
            # Mengira isi padu piramid bertapak segi empat sama
            def kira_Isipadu_piramid(sisi,tinggi):
            isipadu_piramid = (1/3) * (sisi * sisi) * tinggi
            return(isipadu_piramid)
            # Atur cara utama
            print(“Kira Isi Padu Piramid”)
            sisi = int(input(“Masukkan ukuran sisi tapak piramid:”))
            tinggi = int(input(“Masukkan tinggi piramid:”))
                                                                          print
            # Pemanggilan function dan pemulangan nilai
            print(“Isi Padu Piramid =”,kira_Isipadu_piramid(a,b))

           Hasil pengujian menunjukkan function kira_Isipadu_piramid( ) kini
           telah bebas ralat.

              Langkah 3      Uji atur cara utama

           Tiga pernyataan dalam atur cara utama diuji untuk mencari ralat lain.


              # Atur cara utama
              print(“Kira Isi Padu Piramid”)
              sisi = int(input(“Masukkan ukuran sisi tapak piramid: “))
              tinggi = int(input(“Masukkan tinggi piramid: “))


           Tiada ralat dijumpai.


              Langkah 4      Uji pernyataan yang memanggil function

           Semasa panggilan function kira_Isipadu_piramid( ), dua argumen diperlukan. Dua argumen
           ini ialah nilai yang disimpan dalam pemboleh ubah sisi dan tinggi. Maka a dan b masing-masing
           harus digantikan dengan pemboleh ubah sisi dan tinggi.

                  print(“Isi Padu Piramid =”,kira_Isipadu_piramid(sisi,tinggi))



                                         Masukkan argumen (nilai sebenar) yang betul semasa memanggil function.

          194
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209