Page 160 - BUKU TEKS SK T4
P. 160

?
                    Namun begitu, panggilan subatur cara mestilah menggunakan nilai-
                 nilai yang serasi dengan pengisytiharan parameter dalam subatur cara.   Tahukah
                 Susunan nilai adalah penting.                                       Anda

                                                                                    Nama yang diberikan
                 Contoh 3:                                                          pada parameter mestilah
                                                                                    nama yang unik mengikut
                 public static void main(String [] args){                           parameter tersebut.
                 cariJumlah(1,2,7);                     Pengumpukan nilai parameter   Nama parameter tidak
                 }                                           kepada parameter       boleh sama dengan nama
                                                                                    parameter yang lain dalam
                 static void cariJumlah(int x, int y, int z){                       subatur yang sama dan
                 int jawapan = x + y + z;                                           nama pemboleh ubah
                 System.out.print(jawapan);                                         setempat di dalam subatur
                                                                                    tersebut.
                 }


                    Dalam contoh 3, panggilan memberikan tiga nombor integer yang
                 serasi dengan definisi cariJumlah. Setiap nombor integer 1, 2 dan 7 akan
                 diumpukkan kepada parameter x, y dan z mengikut urutan.


                 Contoh 4:
                 public static void main(String [] args){
                 paparHarga("telefon pintar",1500.0);             Pengumpukan nilai
                 }                                                 parameter kepada
                                                                     parameter
                 static void paparHarga(String item, double h){
                 System.out.print("Harga " + item + " adalah " +
                 h);
                 }

                    Dalam contoh di atas, senarai parameter mesti berada dalam susunan
                 yang betul. Ini bermakna  paparHarga(1500.0,  "telefon
                 pintar"); adalah salah kerana umpukan nilai kepada jenis data
                 yang tidak betul. Bilangan nilai yang dihantar mestilah tepat, iaitu tidak
                 lebih ataupun kurang. Penggunaan  paparHarga("telefon
                 pintar"); adalah salah kerana tiada maklumat harga.








                   Uji Minda
                 Berdasarkan Contoh 3 dan 4, bina suatu sintaks yang bersesuaian untuk
                 mengisytiharkan parameter. Pastikan sintaks tersebut mempunyai susunan nilai yang
                 betul dan terdapat pengumpukan nilai parameter kepada parameter.


                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                  151
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165