Page 162 - BUKU TEKS SK T4
P. 162

Jadual 1.18 Subatur cara dan penjelasannya
                             Definisi subatur cara                         Penjelasan
                  static void subAturCara(){}            Tidak memulangkan data. Cuma kawalan dipulangkan
                  static int subAturCara(){}             Memulangkan data jenis integer
                  static double subAturCara(){}          Memulangkan data jenis double
                  static String subAturCara(){}          Memulangkan data jenis String



                    Nama subatur cara yang memulangkan data biasanya diberikan prefix
                 get.  Sebagai  contoh,  getNama,  getAlamat  dan  getTelefon.
                 Contoh berikut menunjukkan subatur cara main() yang menggunakan
                 subatur cara untuk mengembalikan data. Lihat baris kod 9, 10 dan 11
                 untuk panggilan. Baris-baris kod untuk definisi subatur cara getNama,
                 getAlamat dan getTelefon adalah masing-masing 20-23, 25-28
                 dan 30-33.
                                                                                            ?

                                                                                     Tahukah
                                                                                     Anda

                                                                                    Terdapat dua perkara
                                                                                    penting yang perlu
                                                                                    diberikan perhatian ketika
                                                                                    mengembalikan data iaitu,

                                                                                    (a)  Jenis data pulangan
                                                                                       mestilah bersesuaian
                                                                                       dengan jenis data
                                                                                       yang ditentukan
                                                                                       oleh subatur cara.
                                                                                       Contohnya, apabila
                                                                                       jenis data pulangan
                                                                                       ialah daripada subatur
                                                                                       cara integer, anda tidak
                                                                                       boleh memulangkan
                                                                                       String.
                                                                                    (b) Parameter mestilah
                                                                                       mengikut susunan dan
                                                                                       diterima oleh subatur
                                                                                       cara dengan susunan
                                                                                       yang sama.






                          Rajah 1.65 Menggunakan subatur cara untuk mengembalikan data





                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                  153
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167