Page 172 - BUKU TEKS SK T4
P. 172

Contoh  64
                 Tatasusunan nombor yang kosong diisytiharkan dalam prosedur main(). Dari main(), panggilan dibuat
                 kepada prosedur  setSenaraiRawak(). Dalam prosedur  setSenaraiRawak(), tatasusunan kosong
                 nombor diumpukkan dengan nilai-nilai rawak yang dijanakan oleh Math.random(). Nilai elemen-elemen
                 dipaparkan pada kedua-dua subatur cara setSenaraiRawak() dan prosedur main(). Kod untuk contoh
                 ini adalah seperti yang berikut:




























                 Subatur cara setSenaraiRawak dipanggil dari main() di baris 6. Tatasusunan senaraiNombor yang
                 masih kosong  dihantar sebagai parameter kepada subatur cara  setSenaraiRawak untuk  diisi dengan
                 nombor yang rawak.
                 Lihat baris 17. Math.random() ialah subatur cara fungsi Java yang akan menjana nombor perpuluhan
                 rawak di antara 0.0 dan 1.0. Untuk menjana nombor rawak di antara 1 dan 10 (termasuk 1 dan 10),
                 ungkapan berikut digunakan:
                                             (int)(Math.random()*10) + 1;
                 Dalam ungkapan ini, penggunaan (int) memastikan cuma bahagian integer bagi hasil double (Math.
                 random()*10)  iaitu antara 0 dan 9 diambil. Penambahan dengan integer 1 memastikan julat nombor
                 rawak di antara 1 dan 10. Proses penjanaan nombor rawak dilakukan sebanyak 10 kali dalam struktur
                 kawalan ulangan for. Dalam blok ulangan yang sama, nombor rawak dimasukkan ke dalam tatasusunan
                 senaraiNombor dan dipaparkan pada skrin.
                 Output untuk contoh ini adalah seperti yang berikut:
















                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                  163
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177