Page 169 - BUKU TEKS SK T4
P. 169

Atur cara bagi contoh ini ialah atur cara console. Pemboleh ubah-
                                       pemboleh ubah nama, markah dan gred diisytiharkan sebagai pemboleh
                                       ubah sejagat (global). Pemboleh ubah sejagat mempunyai kelebihan dari
                                       segi capaian untuk semua subatur cara dalam atur cara. Ini bermakna
                                       prosedur  main(),getNama(),  getMarkah(),  setGred() dan
                                       paparInfo() dapat membaca dan menulis kepada set pemboleh
                                       ubah-pemboleh ubah yang sama.


                                           Perhatikan bahawa dalam prosedur main(), tidak terdapat banyak
                                       penyataan algoritma. Ini kerana penyataan-penyataan tersebut telah
                                       diletakkan dalam subatur cara yang didefinisikan dalam rajah-rajah yang
                                       berikut. Memanggil subatur cara tersebut harus mengikut urutan logik.





















                                       Rajah 1.68 Subatur cara getNama() dan getMarkah()
                       ?                   Subatur cara dalam Rajah 1.69 meminta pengguna memasukkan

                Tahukah                nama dan markah yang akan disimpan dalam pemboleh ubah-pemboleh
                Anda                   ubah sejagat (global), iaitu nama dan markah.

                Mari kita imbas semula
                mengenai pemboleh ubah
                sejagat!
                Pemboleh ubah sejagat
                • Pemboleh ubah sejagat
                 hanya berfungsi dalam
                 atur cara sahaja.
                • Penggunaan pemboleh
                 ubah sejagat adalah
                 semasa dalam fungsi
                 atur cara sahaja. Apabila
                 tatacara itu telah tamat,
                 ruang memori yang
                 diperuntukkan kepada
                 pemboleh ubah dan
                 pemalar juga akan tamat.
                                                          Rajah 1.69 Subatur cara setGred()



                        Sains Komputer Tingkatan 4
                160
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174