Page 306 - BUKU TEKS SK T4
P. 306
Reka bentuk logikal 1NF
Rujuk kepada data-data yang dikumpul dalam jadual 0NF dan kenal pasti nama atribut untuk setiap
lajur data. Kenal pasti atribut yang unik dalam setiap baris rekod. Perhatikan bahawa kombinasi atribut
No. KP dan kod kursus adalah unik bagi setiap baris. Oleh itu, kedua-dua atribut tersebut sesuai
dijadikan kunci primer.
UJIAN(nama, nokp <KP> , telefon, jantina, alamat, kodKursus
<KP>, kursus, pengajar, alamatPengajar, tarikhUjian, keputusan)
Reka bentuk logikal 2NF
Perhatikan bahawa penukaran kepada 1NF tidak mengurangkan ulangan. Sebagai contoh, disebabkan
Encik Abdul Salam menduduki dua ujian kursus, maka butiran Encik Abdul Salam telah diulangi
sebanyak dua kali. Satu lagi contoh ialah Encik Bryan Ng. Encik Bryan Ng telah mengikuti tiga ujian
bengkel kemahiran. Untuk bengkel kemahiran Pembangunan Rangkai Mobil Bersijil, Encik Bryan Ng
terpaksa mengambil ujian sebanyak dua kali kerana gagal pada kali pertama. Oleh itu, jadual 1NF
masih tidak sesuai dilaksanakan dalam sistem pangkalan data.
Marilah membuat penormalan 1NF kepada 2NF. Semak sama ada terdapat atribut yang tidak
bergantung kepada kedua-dua atribut No. KP dan kodKursus. Kebergantungan fungsi separa adalah
petunjuk kepada pemisahan atribut-atribut terlibat untuk membentuk jadual yang baharu. Keluarkan
kumpulan atribut yang bergantung kepada atribut No. KP sahaja.
Sebagai contoh, lihat atribut-atribut yang berulang bagi nama peserta Abdul Salam dan Bryan Ng
dalam jadual yang berikut: Nama, No.KP, Telefon, Jantina dan Alamat. Atribut-atribut ini bergantung
kepada No.KP sahaja.
Jadual 2.4.3 Kenali atribut-atribut yang berulang daripada data-data jadual tidak-ternormal
Kod Alamat Tarikh
Nama No. KP Telefon Jantina Alamat Kursus Pengajar Keputusan
Kursus Pengajar Ujian
Abdul 850415- 012- M 2, Seksyen 13, 4040 Rangkaian ACTIVE Lot 453, Pavillion, 5-Mar- Lulus
Salam 02-9234 1111111 40100 Shah Komputer SOLUTIONS 93400 Kuching, 16
Alam, Selangor Sarawak
Abdul 850415- 012- M 2, Seksyen 13, 3592 Juruteknik COMPUTE C-0806, Wisma 15-Apr- Lulus
Salam 02-9234 1111111 40100 Shah Komputer SYS Gg, 59200 Kuala 16
Alam, Selangor Bersijil Lumpur
Bryan Ng 870120- 012- M 55, Taman 3953 Sekuriti COMPUTE C-0806, Wisma 2-Mar- Lulus
02-9352 4444444 Botani,31650 Komputer SYS Gg, 59200 Kuala 16
Ipoh, Perak Lumpur
Bryan Ng 870120- 012- M 55, Taman 4042 Teknologi ACTIVE Lot 453, Pavillion, 5-May- Lulus
02-9352 4444444 Botani,31650 Android SOLUTIONS 93400 Kuching, 16
Ipoh, Perak Sarawak
Bryan Ng 870120- 012- M 55, Taman 4436 Pembangunan ICON 10, Mid Valley 5-Jun- Gagal
02-9352 4444444 Botani,31650 Rangkai Mobil TRAINING City, 59200 Kuala 16
Ipoh, Perak Bersijil Lumpur
Bryan Ng 870120- 012- M 55, Taman 4436 Pembangunan ICON 10, Mid Valley 15-Aug- Lulus
02-9352 4444444 Botani,31650 Rangkai Mobil TRAINING City, 59200 Kuala 16
Ipoh, Perak Bersijil Lumpur
BAB 2 PANGKALAN DATA
297

