Page 86 - BUKU TEKS SK T4
P. 86

Nilai Boolean                                                              ?
                 Selain daripada jenis-jenis data seperti integer, double atau String, terdapat   Tahukah
                 satu lagi jenis data lain yang lazim digunakan terutamanya dalam struktur   Anda
                 kawalan, iaitu jenis data boolean. Data jenis boolean hanya mempunyai   Boolean telah dibangunkan
                 dua nilai yang mungkin, iaitu Ya/Benar (True) atau Tidak/Palsu (False).  oleh ahli penyelidik
                                                                                    Matematik dan komputer
                                                                                    iaitu George Boole
                  Contoh  23                                                        (1815-1864). Sistem
                 Kita sedia maklum nilai Pi (π) dalam matematik ialah 3.142. Buat penilaian   boolean dibina berasaskan
                 bagi ungkapan-ungkapan yang berikut:                               pendekatan binari yang
                 (a)  Pi == 3                       Jawapan:                        melibatkan hanya dua
                 (b)  Pi > 0                        (a)  False                      objek iaitu:
                 (c)  Pi < 10                       (b)  True                       • Ya/tidak
                 (d)  Pi !=5                        (c)  True                       • Benar/palsu
                 (e)  Pi >5                         (d)  True                       • Buka/tutup
                                                    (e)  False                      • Sifar/satu
                                                                                    Sumber: www.kerryr.net
                 Penyataan bersyarat  boolean ditulis menggunakan struktur kawalan
                 pilihan. Terdapat tiga bentuk struktur kawalan pilihan seperti yang berikut:
                 •   if
                 •  if-else
                 •  if-else-if
                 •  switch-case

                 Kawalan Pilihan If
                 Struktur kawalan ini dipanggil if (Rajah 1.26). Struktur kawalan if hanya
                 akan melaksanakan penyataan-penyataan tertentu seperti memproses
                 data melalui ungkapan sekiranya syarat adalah benar.

                                 Carta alir                                   Sintaks

                           Mula


                                                             if (<syarat Boolean>) {
                                                             <Arahan-arahan jika Benar>
                                                             }
                          Adakah       Benar
                          syarat                             Contoh:
                          benar?                             if (umur > 20) {
                                                               System.out.println("Anda layak
                                                             mengundi.");
                                                             }
                                          Laksana
                                       kenyataan ini
                                        jika benar
                           Tamat

                                                 Rajah 1.26 Carta alir dan sintaks if

                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   77
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91