Page 89 - BUKU TEKS SK T4
P. 89

Contoh  25
               Sebuah aplikasi menerima markah murid dan menentukan gred yang sesuai. Jadual yang berikut
               menunjukkan penentuan gred berasaskan julat markah. Berikut ialah atur cara untuk mewakili pemilihan
               gred berdasarkan jadual yang menggunakan struktur kawalan if-else-if.

                                       public class Contoh25{
                                               public static void main(String[] args){
                                                      double markah=73;
                                                      String Gred;
                                                      if (markah >= 90) {
                  Markah    Gred                              Gred = "A+";
                                                      }else if (markah >=80) {
                 90–100      A+                               Gred = "A";
                  80–89      A                        }else if (markah >=75) {
                                                                    Gred = "A-";
                  75–79      A+                       }else if (markah >=70) {
                                                              Gred = "B+";
                  70–74      B+                       }else if (markah >=65) {
                                                              Gred = "B";
                  65–69      B
                                                      }else if (markah >=60) {
                  60–64      C+                               Gred = "C+";
                                                      }else if (markah >=50) {
                  50–59      C                                Gred = "C";
                                                      }else if (markah >=45) {
                  45–49      D                                Gred = "D";
                  40–44      E                        }else if (markah >=40) {
                                                              Gred = "E";
                  0–39       G                        }else if (markah >=0) {
                                                              Gred = "G";
                                                      }
                                                      System.out.println(“Markah="+markah+“dan
                                                      Gred ialah"+Gred);
                                               }
                                       }



               Kawalan Pilihan Switch-Case

               Penggunaan if-else-if untuk membuat sebilangan keputusan
               adalah rumit kerana penyataan  if-else-if  perlu diulang
               banyak kali dan pengulangan tersebut boleh menimbulkan
               kekeliruan kepada pengguna.
                   Untuk mengatasi kekurangan penggunaan  if-else-if
               tersebut, struktur kawalan  switch-case boleh digunakan.
               Struktur  ini  lebih  mudah  difahami  kerana  nilai  ujian  dalam
               ‘Select Case’ dipadankan dengan beberapa calon ‘Case’.
                                                                                      Rajah 1.29 Beberapa kaunter
                   Rajah 1.29 menunjukkan pelanggan berbaris untuk mendapatkan        untuk perkhidmatan yang
               keperluan perkhidmatan tertentu. Keperluan dipadankan dengan kaunter   berlainan di pejabat pos
               yang  menawarkan perkhidmatan  tersebut. Input dipadankan  dengan
               calon-calon sedia ada.

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 80
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94