Page 123 - BUKU TEKS ASK T1
P. 123

Kesahihan maklumat di Internet                                     Cuba   Fikirkan
               Internet merupakan salah satu saluran atau media penyebaran      Adakah laman muka
               maklumat. Di Internet terdapat pelbagai jenis laman sesawang.    depan paling penting
               Bukan semua laman sesawang mengandungi maklumat yang             untuk sebuah laman

               tepat. Ada laman sesawang yang berunsur fitnah dan penipuan.      sesawang? Apakah
                                                                                sebabnya?
               Oleh itu, pastikan laman sesawang yang anda lawati mengandungi
               maklumat yang sahih dan terbukti benar.
                   Rajah 4.11 menunjukkan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melakar papan
               cerita. Langkah pertama ialah mengumpulkan semua maklumat yang dikehendaki sama ada
               teks, imej, audio dan grafi k. Kemudian, susun semula maklumat-maklumat tersebut mengikut
               topik dari umum ke khusus. Seterusnya, tajuk utama, tajuk-tajuk kecil dan isi kandungan untuk
               setiap laman ditentukan. Struktur maklumat dan cara pautan laman sesawang dirancangkan
               dan struktur menu direka bentuk. Seterusnya, rupa dan reka bentuk laman dari segi skema
               warna, jenis, saiz dan warna teks yang hendak digunakan ditentukan. Akhir sekali, aliran
               pautan bagi kesemua laman dalam tapak sesawang dilakarkan.

































                                      Rajah 4.12  Langkah-langkah melakar papan cerita


                   Contoh 4.2  Melakar papan cerita

               Rajah di bawah menunjukkan struktur aliran maklumat laman sesawang. Struktur yang
               digunakan adalah struktur hierarki. Rajah ini juga menunjukkan reka bentuk struktur menu
               setiap laman sesawang. Contohnya, dari laman Tajuk Utama, pengguna boleh berpaut ke
               laman Tajuk A atau laman Tajuk B. Dari laman Tajuk A juga pengguna dapat berpaut ke
               laman Tajuk Utama atau Tajuk B.

                 114
                        BAB 4  Kod Arahan





       UNIT04_4.2_111-130.indd   114                                                                   11/11/16   2:45 PM
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128