Page 126 - BUKU TEKS ASK T1
P. 126
Langkah-langkah menaip tag html dengan menggunakan perisian aplikasi Notepad
Langkah Dengan menggunakan perisian
1 aplikasi Notepad, taipkan tag awal
<html> dan tag akhir </html>.
Tag <html> dan </html> masing-
masing menandakan permulaan dan
tamat atur cara HTML
Langkah Di antara tag awal <html> dan tag Tag <head> dan </head>
2 akhir </html>, taipkan tag awal menandakan bahagian kepala laman
<head> dan tag akhir </head>. sesawang. Di antara dua tag ini
diletak kod HTML yang berkaitan
dengan paparan nama dokumen
pada tab laman sesawang, paparan
sepanduk, pembahagian laman
sesawang kepada bingkai-bingkai
dan sebagainya.
Langkah Di antara tag <head> dan
3 </head>, taipkan tag <title> dan
tag akhir </title>. Di antara tag Tag <title> dan </title> biasanya
<title> ini, taipkan tajuk. diletakkan di antara tag <head> dan
</head>. Tag <title> dan </title>
mengarahkan pelayar web untuk
memaparkan teks di antaranya pada
tab laman sesawang.
Langkah Seterusnya, taipkan tag <body>
4 dan tag akhir </body> selepas tag Tag <body> dan </body>
akhir </head>. menandakan bahagian utama laman
sesawang. Semua isi kandungan
seperti teks, imej, pautan, rajah
dan maklumat lain yang hendak
disampaikan kepada pengguna
diletakkan antara dua tag ini.
117
BAB 4 Kod Arahan
UNIT04_4.2_111-130.indd 117 11/11/16 2:45 PM

