Page 181 - RBT Thn 6
P. 181
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6
AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN 1. Guru mengaitkan tajuk pada pengajaran dan pembelajaran yang
PEMBELAJARAN
lalu.
2. Murid diminta menyatakan langkah seterusnya yang perlu
dilakukan pada tanaman tersebut.
Langkah 1
1. Murid dan guru membincangkan tentang penjagaan tanaman
hidroponik. (Rujuk Lampiran 1).
2. Murid melakukan akrtiviti penjagaan tanaman hidroponik dengan
bimbingan guru.
Langkah 2
Murid diterangkan tentang bahan yang terlibat dalam projek
tanaman hidroponik. (Rujuk Lampiran 2)
Langkah 3
1. Perbincangan dalam kumpulan mengenai kos bahan yang terlibat
dalam projek hidroponik.
2. Murid melengkapkan lembaran kerja berkenaan kos bahan projek
tanaman hidroponik.
3. Hasil perbincangan dipaparkan di hadapan kelas.
Penutup
Murid dan guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran yang
telah dijalankan.
PENILAIAN Murid menjawab soalan secara lisan. (Rujuk Lampiran 3)
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN Murid telah melakukan kerja menyemai biji benih.
SEDIA ADA Murid pernah melakukan kerja menyediakan larutan nutrien dalam
takung hidroponik.
REFLEKSI
Maklumat Tambahan Guru
Kos bahan dan alatan:
Kos takung, penutup takung, raga, medium, nutrien, biji benih dan dulang semaian.
173

