Page 176 - RBT Thn 6
P. 176
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6
AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN 1. Guru menunjukkan contoh set hidroponik yang telah siap
PEMBELAJARAN
ditanam.
2. Guru menunjukkan anak-anak benih yang telah disemai.
3. Murid diminta memberi pendapat bagaimana untuk mengubah
anak benih dari dulang semaian ke raga tanaman.
Langkah 1
Murid dan guru membincangkan ciri-ciri memilih anak benih yang
sihat dan sesuai untuk diubah. (Rujuk Lampiran 1)(KBAT)
Langkah 2
1. Guru melakukan tunjuk cara mengubah anak benih dari dulang
semaian ke takung hidroponik. (Rujuk Lampiran 2)
2. Murid melakukan aktiviti mengubah anak benih dengan
bimbingan guru.
Penutup
Guru membuat rumusan tentang topik pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini.
PENILAIAN Guru mengemukakan beberapa soalan secara lisan seperti dalam
PENGAJARAN DAN Lampiran 3
PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN Murid telah melakukan kerja menyemai biji benih.
SEDIA ADA Murid pernah melakukan kerja menyediakan larutan nutrien dalam
takung hidroponik.
REFLEKSI
Maklumat Tambahan Guru
Kaedah mengubah anak benih dari dulang semaian ke takung hidroponik.
Langkah mengubah anak benih.
168

