Page 112 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 112

BAB 5 : PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH




             5.3 : Perluasan Kuasa Syarikat Borneo Utara di Sabah

                  Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat, pentadbiran Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan

                    Kesultanan Sulu serta ketua-ketua bebas
                  Kedudukannya yang strategik dan potensi ekonomi telah mendorong penguasaan kuasa Barat.




             Kemakmuran Sabah Menarik Pemodal Asing

                  Dua faktor yang menyebabkan Sabah menjadi tarikan pemodal luar, iaitu:

                        1.  Kedudukan strategik

                                 Kedudukan strategik di laluan perdagangan China dan Singapura
                                 Juga berdekatan dengan Pulau Palawan yang merupakan laluan maritim bagi kapal

                                  dagang ke China dan Jepun

                                 Aktivi  perdagangan  melibatkan  kepulauan  Sulu  hingga  ke  New  Guinea  dan
                                  Australia

                                 Pelabuhan-pelabuhan pantai barat dan pantai timur Sabah adalah strategik , kapal

                                  boleh berlabuh dengan selamat  daripada tiupan  angin  monson seperti  pelabuhan
                                  utama Teluk Gaya



                        2.  Kekayaan Bahan Mentah
                                 Sabah kaya dengan sarang burung, sagu, rotan, getah perca, gamat dan sirip ikan
                                  yu yang memasuki pasaran antarabangsa

                                 Pedagang barat menjadikan sarang burung barang dagangan utama dengan China
                                  kerana  mendapat permintaan yang tinggi.

                                 Di  kawasan  dataran  dan  lembah  pula  tanaman  seperti  indigo  dan  kapas  subur

                                  sehingga membolehkan pertanian  komersial dijalankan secara giat.

                  Kekayaan Sabah ini menjadi perhatian pemodal asing dan berusaha meluaskan kuasa di Sabah.





                    1  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 3 2020
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117