Page 113 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 113

Sabah Sebelum Penguasaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

                      Sebelum pertapakan dan perluasan kuasa SBUB  di  Sabah, dua kawasan telah pun dimiliki
                        oleh British iaitu:
                          i.   Pulau Balambangan

                                    Bendera  British  dikibar  menandakan  ia  milik  British  apabila  Dalrymple

                                      membuat  perjanjian dengan  Kesultanan Sulu
                                    British meninggalkan Pulau ini dengan alasan serangan lanun


                         ii.   Pulau Labuan
                                    James  Brooke  menguasai  Pulau  Labuan  selepas  menandatangi  perjanjian

                                      dengan Sultan Brunei
                                    Melalui  perjanjian  ini  ,  British  bertanggungjawab  menumpaskan  lanun  dan

                                      melindungi  perdagangan

                                    James Brooke menjadi Gabenor pertama




             Pertapakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

                  Pemodal  asing  menggunakan  strategi  menyewa,  memajak  dan  mengadakan  perjanjian  dengan
                    Kesultanan Brunei dan Sulu.

                  Charles Lee Moses menyewa Sabah dengan Sultan Brunei selama 10 tahun pada 1865

                  Moses  menjual  haknya  kepada  J.W.Torrey  dan  T.B.Harris  serta  menjadikan  Kimanis  sebagai
                    pusat perdagangan mereka

                  Alfred  dan Edward Dent memajak pantai timur Sabah dari Sultan Sulu  pada 1878.

                  Baron Gustavus von Overback bekerjasama dengan Alfred  dan Edward Dent untuk memajukan
                    Sabah

                  Torey menjual haknya kepada Baron Gustavus von Overback
                  Alfred    dan  Edward  Dent  menubuhkan  British  North  Borneo  Provisional  Association  Ltd  dan

                    mendapat status piagam pada 1881
                  Pada 1888  Borneo Utara  menjadi negeri naungan British dan memerintah sehingga 1942.







                    2  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 3 2020
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118