Page 119 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 119
Pembahagian Wilayah di Sabah
Pada awalnya SBUB hanya membahagikan Sabah kepada dua residensi iaitu Residensi
Pantai Timur berpusat di Sandakan dan Residensi Pantai Barat berpusat di Jesselton
Pada tahun 1922, kawasan pentadbiran terdiri daripada lima residensi yang mempunyai 17
daerah
Setiap Residensi diketuai oleh Residen. Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah yang dibantu
oleh Penolong Pegawai Daerah
Ketiga-tiga pegawai ini berbangsa Inggeris/Eropah.
Residensi 1 Kudat
Residensi 2 Pantai Barat
Residensi 3 Sandakan
Residensi 4 Pedalaman
Residensi 5 Tawau
Pengekalan Pembesar Tempatan di Sarawak
Brooke melibatkan pembesar tempatan atas dasar amanah dan mengisi kekurangan pegawai
Eropah
Contohnya Datu Patinggi/Datu Bandar Datu Temenggung / Datu Imam /Datu Hakim
Zaman Charles Brooke diwujudkan gelaran Datu Menteri, Datu Amar, Datu Pahlawan dan
Datu Bentara
Pembesar tidak dibenar mengutip cukai tetapi diberi gaji dan berperanan membantu
pentadbiran
Undang-Undang adat yang tidak bercanggah dengan barat dikekalkan
2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 3 2020

