Page 118 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 118
BAB 5 : PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH
5.4 Bentuk Pentadbiran Barat Di Sarawak dan Sabah
Pelbagai perubahan pentadbiran dilaksanakan oleh Dinasti Brooke dan SBUB bagi
mengeksploitasi ekonomi dan mengukuhkan kuasa politk dalam pentadbiran mereka.
Perubahan ini memberi kesan terhadap pentadbiran dan kehidupan masyarakat di Sarawak
dan Sabah.
Untuk memantap pentadbiran,ia dilakukan secara berhati-hati & berperingkat.
Pentadbiran
Berhierarki
Pengekalan Pentadbiran
Golongan Elit Berasakan
Tempatan Kaum
Pemantapa
n
Pembahagian pentadbira Perundangan
Wilayah n di
Sabah dan
Sarawak
Pembahagian Wilayah di Sarawak
Pembahagian wilayah dilakukan bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan lebih
berkesan
Pada peringkat awal James Brooke membahagikan kepada tiga bahagian. Charles Brooke
menambah dua bahagian lagi.
Setiap bahagian dipecah kepada daerah dan kampung
sempadan kawasan menjadi asas pemilikan dan penguasaan Dinasti Brooke
Bahagian Pertama Sungai Sarawak dan Sadong
Bahagian Kedua Batang Lupar, Saribas, Kalaka, Simanggang
Bahagian Ketiga Sungai Rajang, Oya, Mukah, Bintulu, Matu
Bahagian Keempat Sungai Baram
Bahagian Kelima Limbang, Trusan dan Lawas
1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 3 2020

