Page 168 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 168

BAB 7:PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN



          7.2    Sistem Pentadbiran Barat Memberi Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan & Kehidupan
                   Masyarakat Tempatan

                Sistem pentadbiran Barat menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan rakyat mengalami
                 kesulitan hidup
                Kesan Terhadap Kuasa Pemerintah
                     a)  Pentadbiran Tempatan

          Di Negeri Sembilan,
                   British meluaskan kuasa di Sungai Ujong
                   menempatkan Residen dan Pegawai Majistret dan pemungut hasil.
                   1895, semua daerah disatukan dan membentuk Persekutuan Negeri Sembilan.

          Di Pahang
                Pembesar  hilang  kuasa  kerana  pembentukan  daerah  di  bawah  pentadbiran  Pemungut  Cukai  dan
                 Majestret.
                British  memaksa  Sultan  Ahmad  lucut  gelaran  Dato’  Bahaman  Dato’  Setia  Perkasa  Pahlawan
                 Semantan.
                Tindakan  ini memalukan beliau menyebabkan berlaku kebangkitan Pahang.

          Di Perak
                J.W.W. Birch menggunakan tekanan supaya Sultan Abdullah menandatangani surat pengisytiharan
                 yang membolehkan Residen mentadbir hasil negeri.
                Tindakan ini menyebabkan Sultan dan pembesar kehilangan kuasa.

          Di Sarawak
                Brooke melibatkan penduduk tempatan dalam pentadbiran.
                Pembesar Melayu yang berpengalaman seperti Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung
                 dilantik mentadbir Sarawak.
                Ini memudahkan Brooke menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan.

          Di Terengganu
                perlantikan  Penasihat  British  di  Kuala  Terengganu  dan  Penolong  Penasihat  British  di  Besut  dan
                 Kemaman menggugat kekuasaan sultan dan pembesar.
                British juga menetapkan hubungan luar negeri




                 1  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173