Page 169 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 169
Di Kelantan
pembentukan jajahan dan perlantikan ketua jajahan sebagai pentadbir telah mengambil alih
kuasa pembesar.
Pusat pentadbiran jajahan Pasir Puteh telah dipindahkan dari Jeram ke Pasir Puteh
menyebabkan Engku Besar Jeram kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan malahan
beliau hanya diberi jawatan rendah iaitu tok kweng muda.
Beliau bersama Tok Janggut menjalankan kempen menentang pentadbiran baharu itu .
Di Sabah
pentadbiran SBUB menggugat kedudukan Mat Salleh, sebagai pembesar di hulu Sungai Sugut.
Dalam rundingan dengan William Cowie, Mat Salleh dibenar mentadbir Tambunan tetapi SBUB
mungkir janji dengan mengambil semula Tambunan. Ini mencabar kewibawaan Mat Salleh.
b) Perundangan Tempatan
Naning
British melaksanakan undang-undang Barat
British mencabar bidang kuasa penghakiman Dol Said
British menganggu sistem perundangan berasaskan Adat Perpatih
Perak
British membina balai polis
British mengurangkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim
British memaksa Ngah Ibrahim menerima nasihat Kapten Speedy
Pahang
British menimbulkan konflik dengan Dato’ Bahaman
British mendirikan balai polis di Lubuk Trua kawasan pentadbiran Dato’ Bahaman
British menyebabkan kedudukan Dato’ Bahaman terjejas
c) Kewangan Tempatan
Di Perak
J.W.W.Birch telah membatalkan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai di Kuala
Sungai Perak
Ini menyebabkan Sultan Abdullah dan pembesar Perak terjejas pendapatan
2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3

