Page 181 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 181

BAB 7:  PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN




             7.4   Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan

                  Penentangan masyarakat tempatan telah memberikan kesan kepada pentadbiran British dan
                    masyarakat tempatan.
                  Kesan Terhadap  Pentadbiran British
                      i.   Kerugian akibat Peperangan
                                 British kerugian sebanyak 100 000 pound sterling dalam Perang Naning, 400 000
                                  dalam Perang Perak dan 7000 dalam Perang Pahang

                      ii.   Lebih Berhati-Hati Dalam Pentadbiran
                                 Melantik Residen berpengalaman, bijaksana, fasih berbahasa Melayu, pandai
                                  mengambil hati dan kuasai adat resam  tempatan
                                 Majlis Mesyuarat  Negeri ditubuh yang menjadi badan penasihat sultan dan
                                  meluluskan “ Perintah atau Peraturan ”  Sultan

                     iii.   Merombak Semula Skim Penempatan  Pegawai
                                 Pegawai British mestilah mengentahui adat istiadat Melayu
                                 Aristokrat  Melayu menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu
                                 Orang Melayu dalam Perkhidmatan Tadbir Melayu

                     iv.   Pemantapan Kuasa Barat
                                 British menguasai seluruh negeri Melayu
                                 James Brooke berjaya meluaskan pengaruh dan wilayah di Sarawak
                                 SBUB menguasai Sabah

                  Kesan Terhadap    Masyarakat Tempatan
                      i.   Kesan terhadap Pemerintah dan pembesar tempatan
                                 Kehilangan jawatan dan kedudukan  -  Dol Said, Dato’ Bahaman dan Sharif
                                  Masahor
                                 Kehilangan jiwa – Dato’ Maharaja  Lela, Mat Salleh dan Tok Janggut
                                 Dibuang negeri – Sultan Abdullah, Raja Ismail, Ngah Ibrahim dan Haji Abdul
                                  Rahman Limbong

                      ii.   Kedudukan Raja dan pembesar diberi perhatian
                                 Durbar ditubuhkan untuk beri peluang kepada sultan, ahli MMN dan pembesar
                                  menyuara kan pandangan dengan bebas berkaitan kepentingan bersama




                    1  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186