Page 185 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 185

  Kebijaksanaan Pemerintah Johor Menyekat Kemaraan Barat
                          British berminat campurtangan di Johor untuk kepentingan ekonomi
                          Pelbagai strategi dilakukan oleh Temenggung Daeng Ibrahim untuk menyekat  kemaraan
                           British
                          Kewibawaannya berjaya memancu pembangunan dan kemakmuran Johor dapat
                           menyekat perluasan kuasa British di Johor

                  Kewibawaan Temenggung  Daeng Ibrahim (1825-1862)
                          Temenggung Daeng Ibrahim peka terhadap rancangan British ingin menguasai Johor dan
                           periairan Selat Melaka
                          Beliau berusaha membina jati diri sebagai pemerintah yang berdaulat:
                               1.  Memperkenalkan Sistem Kangcu

                                        Menggalakkan  kemasukan  orang  Cina  untuk  mengusahakan  tanaman
                                          gambir dan lada hitam
                                        Pada 1860-an, Johor menjadi pengeluar  gambir dan lada hitam terkemuka
                                          di Alam Melayu
                                        Kangcu iaitu ketua petempatan di lembah sungai
                                        Surat sungai iaitu surat kuasa untuk menetap dan mengusahakan pertanian
                                          di lembah sungai
                                        Kangkar  iaitu petempatan orang Cina berhampiran muara sungai

                               2.  Menjamin Keselamatan Periairan
                                        Memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untuk perdagangan
                                        Mendapat  hadiah  pedang  keemasan  daripada  Ratu  Victoria  sebagai
                                          menghargai jasa beliau menwujudkan keamanan perairan

                               3.  Mengasaskan Bandar Iskandar Puteri
                                        Memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga, Singapura ke
                                          Tanjung Puteri untuk mengelakkan tekanan British di Negeri-Negeri Selat
                                          yang juga berpusat di Singapura
                                        Mengisytiharkan Tanjung Puteri sebagai ibu negeri Johor dan dinamakan
                                          Bandar Iskandar Puteri

                               4.  Memodenkan Pentadbiran Negeri
                                        Mempelopori birokrasi moden
                                        Sistem  tradisional  diperkukuh dengan  unsur baharu dari Barat  ke dalam
                                          sistem pentadbiran seperti pendidikan moden




                    2  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190