Page 203 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 203

BAB 8 : KEBIJAKSANAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU
                                         MENANGANI CABARAN BARAT


               8.3     Usaha  Pembesar  Melayu  Dalam Pemodenan Negeri

                   •  Pelbagai  usaha  dilakukan  oleh  pembesar  negeri  Melayu  dan  pemerintah  negeri  dalam
                       menggiatkan lagi pembangunan dan pemodenan negeri masing masing.
                   •  Ia melibatkan pembangunan
                         i.   Pembangunan Sosioekonomi
                        ii.   Pembangunan  Pertanian
                        iii.   Pembangunan   Bandar
                        iv.   Pentadbiran   dan  Pendidikan
                        v.    Ahli Majlis  Mesyuarat Persekutuan
                        vi.   Kepimpinan Tempatan di Sarawak dan Sabah




               Pembangunan Sosioekonomi

                   •  Long Jaafar dan Tengku  Menteri Ngah  Ibrahim  berjaya memartabatkan bangsa melalui
                       penguasaan ekonomi dalam perlombongan bijih timah

                   •  Long Jaafar
                          ➢  Tokoh Korporat Melayu membawa kemajuan  di Larut – pengeluar  utama bijih
                              timah di pasaran dunia
                          ➢  Membina pusat pengajian agama dan sekolah Melayu Matang (1826)

                   •  Tengku Menteri Ngah Ibrahim

                        •  Tokoh Korporat Melayu  ( pengusaha bijih timah, ladang tebu dan kopi)
                        •  Jutawan  berwatak nasionalis, berwawasan dalam membangunkan ekonomi bangsa
                        •  Mempelajari sistem pentadbiran moden dari  Sultan Abu Bakar  Johor  bagi
                            memajukan Larut.
                        •  Usaha beliau berakhir apabila beliau dibuang ke Pulau Seychelles



               Pembangunan Pertanian -  Wan Muhammad Saman

                   •  Merupakan Menteri Besar dan Tokoh Pembangunan Negeri Kedah
                   •  Membina Terusan  Wan Muhammad Saman bermula dari  Alor Setar hingga ke kaki
                       Gunung Jerai, Gurun
                   •  Dengan ukuran panjang 36km. Lebar 7.5 meter dan dalam 1.5 meter dibina menggunakan
                       kaedah sistem kerah dan peralatan tradisional

                      1  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 3
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208