Page 205 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 205
iv. Syeikhul Islam Terenggannu
• Saiyid Abdul Rahman bin Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidus
dilantik sebagai Sheikhul Islam semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III
• dengan gelaran Tok Ku Paloh
• Tokoh penting memberi nasihat dan semangat perjuangan kepada Sultan ketika
berhadapan dengan perluasan kuasa British
• Terlibat dalam penggubalan Undang-Undang Bagi Negeri Kerajaan Terengganu
Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan
• Ahlinya adalah golongan bangsawan
• Menuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan bangsa
• Mendesak British membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak watan
dalam perkhidmatan awam
Kepimpinan Tempatan di Sarawak dan Sabah
i. Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi
• Main peranan penting dalam hal ehwal berkaitan umat Islam di Sarawak
• Memulakan pengajian Islam formal melalui penubuhan Madrasah al-Murshidiyyah
di Kuching
• Menubuhkan sekolah khas untuk wanita iaitu Sekolah Kajang mempelajari ilmu
agama
• Menjadi Hakim dan ahli Majlis Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri Sarawak (1925)
dan Datu Imam (1932)
• Mengasaskan Majlis Syuyukh Islam yang dikenali Majlis Agama Islam Sarawak
ii. Orang Kaya-Kaya Haji Mohammad Arshad
• Ketua Anak Negeri yang membantu Pegawai Daerah menjalan pentadbiran peringkat
daerah
• Menjaga keamanan, mengutip cukai, mengurus hal berkaitan pembahagian tanah dan
memajukan pertanian masyarakat tempatan
• Menjadi hakim di Mahmakah Anak Negeri yang mengendalikan kes kes berkaitan
hukum adat dan Syariah
3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ Tingkatan 3

