Page 10 - buku pengurusan jnjk perlis 2019
P. 10
1. Jemaah Nazir dipertanggungjawabkan menaziri dan memantau pelaksanaan dasar
pendidikan negara. Setiap Nazir Sekolah adalah juga seorang pegawai awam,
dikehendaki melaksanakan tugas penaziran dan pelaporan sekolah yang dinaziri
dengan cermat dan teliti serta adil dan saksama berlandaskan keutuhan profesional.
Nazir Sekolah tidak boleh mempertikaikan dasar kerajaan.
2. Pada setiap masa, Nazir Sekolah perlu secara konsisten melibatkan diri dalam
memantapkan sistem pendidikan negara. Sehubungan itu, tugas yang dilaksanakan
boleh dihubungkaitkan dengan pembentukan norma yang ada kaitan dengan
pemastian standard kualiti pendidikan serta memperkenalkan norma baharu selaras
dengan perkembangan sistem pendidikan semasa.
3. Seiring dengan tugas teras dalam memastikan standard pengajaran yang memuaskan
diwujudkan dan dikekalkan di sekolah, maka menjadi tanggungjawab Nazir Sekolah
membantu dan mengupayakan guru dan pengurus sekolah memperolehi
pengetahuan, menguasai kemahiran dan nilai untuk menjadikan mereka menyayangi,
berguna dan bertanggungjawab terhadap profesion keguruan melalui aktiviti
perdampingan.
4. Jemaah Nazir Sekolah mendapat kepercayaan masyarakat bukan sahaja berdasarkan
tingkah laku nazir secara individu, tetapi juga hubungan organisasinya dengan
sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan masyarakat umum.
Tugas Nazir Sekolah paling bermakna apabila wujudnya hubungan baik dan membina
demi kesejahteraan organisasi dan masyarakat.
5. Jemaah Nazir mendapat kepercayaan masyarakat bukan sahaja berdasarkan
tingkah laku nazir secara individu, tetapi juga hubungan organisasinya dengan
10 JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI NEGERI PERLIS
sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan masyarakat
umum. Tugas Nazir Sekolah paling bermakna apabila wujudnya hubungan baik dan
membina demi kesejahteraan organisasi dan masyarakat.

