Page 12 - buku pengurusan jnjk perlis 2019
P. 12

Jemaah  Nazir  Negeri  Perlis,  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  telah  ditubuhkan  dengan

         rasminya  pada  tahun  1979    dan    ditempatkan  di  Jabatan  Pelajaran  Negeri  Perlis,  Jalan

         Penjara, Kangar sehingga 1981. Pada tahun 1982, Jemaah Nazir Negeri Perlis telah berpindah


         ke  rumah  kedai  bernombor  34,  Tingkat  2,  Jalan  Jubli  Perak,  Kangar  sehingga  1989.

         Penyelenggaraan bangunan yang kurang memuaskan, pertambahan bilangan pegawai dan


         kakitangan sokongan serta lokasi yang kurang strategik menyebabkan Jemaah Nazir Negeri

         Perlis berpindah ke Tingkat 2, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar pada tahun 1990


         sehingga 1997. Pada tahun 1998, Pejabat Jemaah Nazir Perlis telah berpindah ke Tingkat 7,

         Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas, Kangar, Perlis. Mulai 2014, Jemaah

         Nazir Negeri Perlis telah berpindah ke Tingkat 2 Bangunan Persekutuan dalam keadaan yang


         amat selesa sehingga sekarang.



         Kini,  Jemaah  Nazir  Negeri  Perlis  dianggotai  oleh  seorang  Ketua  Nazir  Negeri,    tiga  Nazir

         Kanan, tiga Nazir Sekolah serta empat Ahli Kumpulan Pelaksana.



















                              SENARAI KETUA NAZIR SEKOLAH




                                                                              12    JEMAAH NAZIR  DAN JAMINAN KUALITI NEGERI PERLIS
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17