Page 2 - FAQ BPM MRSM
P. 2

SOALAN LAZIM (FAQ)

                   BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
                                     MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)


               A.      PEMBUKAAN SEMULA MRSM

               1.      Adakah MRSM dibuka semula semasa PKPB?
                       Tidak, semua MRSM masih ditutup.

               2.      Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula MRSM?
                       Sekurang-kurangnya  dua  (2)  minggu  sebelum  MRSM  dibuka.  Tarikh  akan
                       diumum selepas kerajaan/ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat

                       pengumuman tarikh.


               B.      GURU DAN AHLI PENGURUSAN MRSM

               3.      Bolehkah Pengetua dan ahli pengurusan hadir bertugas di MRSM semasa
                       PKPB?
                       Boleh, jika ada keperluan.

               4.      Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
                       dari rumah semasa PKPB?
                       Boleh.  Guru  digalakkan  untuk  terus  melaksanakan  PdP  dari  rumah.  Garis
                       Panduan PdP semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diedarkan
                       pada  7  April  2020  bersama  ringkasan  infografik.  Guru  boleh  menggunakan
                       aplikasi yang mudah diakses dan selamat. Jika pelajar tiada kemudahan gajet,
                       boleh menggunakan alternatif lain.


               5.      Bolehkah guru ke MRSM semasa PKPB?
                       Boleh,  jika  terdapat  keperluan  dengan  kelulusan  Pegawai  Mengawal  Pusat
                       (PMP). PMP perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu
                       masa. (Rujuk Surat Edaran Bahagian Sumber Manusia Bil.484 bertarikh 2 Mei
                       2020 - Norma Baharu Budaya Kerja MARA).
   1   2   3   4   5   6   7