Page 5 - FAQ BPM MRSM
P. 5
Bahagian Sumber Manusia Bil. MARA: MARA.100-1/5/18(67)
Tingkat 18, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA Tarikh : 2 Mei 2020
50609 Kuala Lumpur 9 Ramadhan 1441H
SURAT EDARAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA BIL. 484
NORMA BAHARU BUDAYA KERJA MARA
Susulan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri sempena Hari Pekerja pada 1
Mei 2020, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau
PKPB di mana sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan
dibenarkan beroperasi termasuk sektor awam bermula 4 Mei 2020 tertakluk kepada
syarat-syarat dan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
2. Oleh yang demikian, semua Pegawai Mengawal Pusat (PMP) perlu mengambil
langkah-langkah yang proaktif dan efektif bagi memastikan penyampaian
perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat dengan mengambil berat tentang
keselamatan dan kebajikan anggota kerja MARA. Antaranya:
i. Anggota kerja MARA adalah digalakkan untuk bekerja dari
rumah (Work From Home) kecuali bagi proses kerja yang
kritikal dan memerlukan keberadaan di pejabat dengan
kebenaran PMP. Kebenaran ini adalah bagi jangka masa yang
terhad untuk menyelesaikan tugas tanpa tertakluk dengan
tempoh 9 jam waktu berada di pejabat. Penggiliran pekerja
dipraktikkan selain melaksanakan waktu anjal terutamanya bagi
mereka yang mempunyai kesulitan penjagaan anak-anak di
rumah.
ii. Mesyuarat juga digalakkan diadakan secara maya melalui
medium yang selamat dan terjamin daripada segi kerahsiaan.
Sekiranya masih memerlukan perjumpaan fizikal, boleh
dilaksana dengan mematuhi konsep penjarakan sosial yang
telah ditetapkan.
iii. Sesi persekolahan/ pengajian di semua Institusi Pendidikan MARA
(IPMa)/ Taska/ Tadika MARA adalah ditangguhkan sehingga
dimaklumkan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, pengurusan dan
1

