Page 5 - PKRC MAEPS DECEMBER 2021
P. 5

KATA-KATA ALUAN
                                                       Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia


                                       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


                                       Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua, saya diberikan
                                       peluang untuk menitipkan kata aluan di Coffee Table Book PKRC MAEPS: Pengalaman
                                       & Cabaran JKR Mengharungi Pandemik COVID-19.


                                       Terlebih dahulu, syabas diucapkan kepada Cawangan Arkitek dan ahli Pasukan
                                       Petugas Khas JKR, terdiri daripada pegawai Cawangan Arkitek, Cawangan
                                       Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam &
                                       Struktur dan JKR Selangor di atas penerbitan buku ini.


                                       Pelbagai informasi berkaitan penglibatan Pasukan Petugas Khas JKR dalam
                                       memberikan khidmat nasihat kepakaran teknikal, khususnya kepada pihak Agensi
                                       Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
                                       dalam transformasi serta operasi MAEPS sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan
                                       COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) fasa 1.0 dan 2.0 telah dikongsikan di dalam buku
                                       ini.


                                       Khidmat kepakaran teknikal, pengetahuan dan pengalaman luas para pegawai dalam
                                       pelbagai projek fasiliti kesihatan di Malaysia menjadi faktor utama kepada kejayaan dan
                                       kecemerlangan dalam memastikan setiap fasiliti atau infrastruktur PKRC di MAEPS
                                       berfungsi dengan lancar dan selamat sepanjang masa.

                                       Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Pasukan Petugas Khas JKR atas kejayaan
                                       merealisasikan satu lagi projek bersejarah negara dan memperkukuhkan nama JKR
                                       Malaysia dalam khidmat kepakaran fasiliti kesihatan. Semoga buku ini dapat
                                       memberikan manfaat kepada semua warga JKR menerusi perkongsian pengalaman
                                       dan cabaran yang dihadapi oleh Pasukan Petugas Khas JKR ini.               Assalamualaikum
                                       Warahmatullahi Wabarakatuh,

                                       DATO’ Ir. HAJI MOHAMAD ZULKEFLY BIN SULAIMAN
                                       Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia


          4                            Oktober 2021


                                       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10