Page 6 - PKRC MAEPS DECEMBER 2021
P. 6
KATA-KATA ALUAN
Pengarah Kanan Cawangan Arkitek
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Setinggi tahniah di atas kejayaan Kumpulan Khidmat Kepakaran Fasiliti Kesihatan, Cawangan
Arkitek menerbitkan Coffee Table Book PKRC MAEPS: Pengalaman & Cabaran JKR Harungi
Pandemik COVID-19. Penghasilan buku ini merupakan satu usaha yang amat baik kerana ia
mendokumentasikan pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh para pegawai Pasukan
Petugas Khas JKR yang terdiri daripada disiplin Arkitek, Elektrik, Mekanikal, Awam dan Struktur.
Cawangan Arkitek amat berbangga kerana pembentukan awal Pasukan Teknikal Khas JKR telah
diketuai oleh mantan Pengarah Bahagian Kepakaran Fasiliti Kesihatan, Ar. Hasnah Yun. Beliau
bersama-sama dengan Arkitek yang terdiri daripada ahli-ahli Kumpulan Kepakaran Perancangan
Fasiliti Kesihatan dan Jurutera pelbagai disiplin telah memanfaatkan pengalaman dan
pengetahuan dalam perancangan serta pelaksanaan projek-projek fasiliti kesihatan di JKR untuk
menyiapkan fasiliti PKRC MAEPS 1.0 dalam masa 3 hari. Selain itu, peranan dan sumbangan
khidmat kepakaran fasiliti kesihatan dan teknikal oleh Pasukan Petugas Khas JKR diteruskan
oleh mantan Pengarah Reka Bentuk 1, YBrs. Pn. Nik Ainun Zanariah binti Nik Abd Rashid
semasa PKRC MAEPS 2.0. Dedikasi Pasukan Petugas Khas JKR dalam kedua-dua fasa ini turut
mendapat pengiktirafan serta penghargaan sebagai sebahagian daripada petugas barisan
hadapan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak pengurusan tertinggi JKR
Malaysia. Syabas dan tahniah Pasukan Petugas Khas JKR!
Akhir kata, semoga semua perkongsian pengalaman, pengetahuan dan kemahiran teknikal yang
diperolehi oleh Pasukan Petugas Khas JKR akan memberikan manfaat serta menjadi rujukan
kepada warga JKR dalam perancangan serta pelaksanaan projek fasiliti kesihatan di JKR. A
Ar. IBRAHIM BIN ISA
Pengarah Kanan Cawangan Arkitek
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Oktober 2021
Assalamualaikum Warahmatullahi 5
Wabarakatuh,

