Page 73 - buku pengurusan smkj21
P. 73

6.4  Satu salinan DSKP, SP,HSP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
                       6.5  Salinan DSKP dan RPT bagi setiap mata Pelajaran  yang diajar oleh guru yang telah disahkan
                            oleh Pengetua mestilah dilampirkan bersama di dalam Fail Rekod Mengajar.
                       6.6  Penulisan  Rancangan  Pelajaran  Harian  (RPH)  hendaklah  mengikut  format  yang  telah
                            ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk PBS hendaklah
                            direkodkan di dalam RPH.
                       6.7  Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran  sebelum masuk ke kelas . Oleh
                            itu Rekod Rancangan Mengajar  mestilah lengkap dan kemas kini sebelum PdPC mengikut
                            SPK MS ISO 9001:2008 PK06.
                       6.8  Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian samada dalam bentuk e-
                            RPH  atau  di  dalam  Fail  Rekod  Mengajar  sebelum  masuk  ke  dalam  kelas  bagi  tujuan
                            pengajaran. Oleh itu, Fail Rekod  Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas
                            setiap waktu pengajaran.
                       6.9  Ruangan refleksi haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap
                            pembelajaran  murid  dan  tahap  keberkesanan  pengajaran  guru  bagi  tujuan
                            penambahbaikan pada masa hadapan.
                       6.10  E-RPH  atau  Fail  Rekod  Mengajar  mestilah  dihantar  kepada  pihak  pentadbiran  sekolah
                            (mengikut jadual) setiap hari Jumaat persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan
                            disahkan.
                       6.11  Sukatan pelajaran perlu dihabiskan sebelum Ogos (tingkatan 3), sebelum Julai (tingkatan 5)
                            dan bulan September bagi tingkatan lain.
                       6.12  Pendidikan Abad ke 21 – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada berpusatkan murid
                            dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti  pengajaran guru
                            haruslah  dipertingkatkan  dengan  guru  juga  harus  menguasai  kaedah-kaedah  terkini
                            pengajaran yang  didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.

               7.0  SISTEM FAIL
                        Penyataan Ketetapan
                       7.1  Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum.
                       7.2  Semua fail panitia diletakkan di bilik yang sesuai dan mudah diakses di bawah seliaan Guru
                            Kanan Mata Pelajaran dan Setiausaha Kurikulum.
                       7.3  Fail Panitia akan dipantau oleh Ketua Bidang dua kali setahun.
                       7.4  Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di
                            bawah  pengetahuan  dan  mendapat  keizinan  pihak  pentadbiran  sekolah  (Ketua  Bidang)


               8.0  PAKEJ  MATA PELAJARAN
                       Penyataan Ketetapan
                                               TINGKATAN 1, 2 DAN 3
                                    Teras                                          Wajib
                                Bahasa Melayu                               Pendidikan Seni Visual
                                Bahasa Inggeris                       Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
                                  Matematik
                                    Sains
                                   Sejarah
                                   Geografi
                       Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
                           Reka Bentuk dan Teknologi





                                                                                                           66
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78